Tuan Abd. Rahman dan En. Zaki selaku wakil khas dari kementerian telah melihat sendiri organisasi sesebuah renj hutan. Saya telah dijelaskan mengenai hasrat kerajaan berkaitan pengredan kakitangan awam sehinggalah ke wawasan kerajaan untuk menjadikan negara kita negara maju yang mempunyai kakitangan kerajaan yang berpendidikan serta pakar dalam bidang masing-masing. Saya juga sempat berkongsi pendapat dan saling berhujah berkaitan persediaan kita kearah wawasan tersebut serta memperhalusi pro dan kontra nya. Walaupun saya bersetuju dan berbangga dengan hasrat murni kerajaan tersebut tetapi saya terpaksa melihat isu ini dari sudut matahati seorang pengerusi kesatuan yang rata rata ahlinya adalah terdiri dari kakitangan yang tercicir dalam keputusan pelajaran.
Beberapa gambar kenangan bersama wakil khas kementerian semasa mengikuti tugasan menyediakan sempadan kawasan kelulusan membalak, penandaan pokok dan tugasan di BPH.
No comments:
Post a Comment