SUARA KPHMSM PERAK

SUARA KPHMSM PERAK

Tuesday, August 3, 2010

SEJARAH & PEMIMPIN KPHMSM DULU HINGGA KINI


JASAMU DIKENANG. Sebagai mengenang segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kita disamping sebagai tanda penghargaan kepada perjuangan kepimpinan terdahulu, pihak Kphmsm cawangan Perak mengambil kesempatan ini untuk mengimbau kembali para pemimpin terdahulu hingga kini.
Kesatuan kita bermula dengan tertubuhnya Persatuan Pegawai Hutan Melayu Jawatan Rendah semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1940- 1960. Antara pengasas persatuan ketika itu ialah seperti Allahyarham Mahmud bin Ali BEM, Alyhm. Hj. Hamzah bin Dahaman, Alyhm. Hj. Shaari bin Rashid, Alyhm. Hamid bin Rantau, Alyhm. Hj Arop bin Achik, Alyhm. Hj. Itam bin Atong, Alyhm. Hj. Muhamad bin Tain dan lain-lain.

Kemudian Persatuan ini telah ditukarkan namanya kepada Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Sa-Malaya pada tahun 1960-1969. Bermula dari tarikh inilah kita mengambilkira penubuhan kesatuan kita sehingga mencapai sambutan Jubli Emas baru-baru ini.Cikgu Jamaluddin Mat Isa (berdiri kiri) bersama YDP pertama (berdiri kanan) dan abangnya YDP kedua (Duduk Kanan)

Kemudian seiring dengan perubahan nama negara maka kesatuan kita juga telah bertukar nama menjadi Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Malaysia Barat bermula tahun 1970-2004.
Kini kesatuan kita berdaftar dengan nama Kesatuan Pegawai hutan Melayu Semenanjung Malaysia.
Berikut adalah wajah-wajah pemimpin kesatuan bermula dari tertubuhnya Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Sa-Malaya:

Alyhm. Hj. Ramli bin Mat Selan (Perak) 1960-1963

Alyhm. Hj. Shamsuddin bin Mat Isa (Perak) 1963-1979

Alyhm. Hj. Ismail bin Midarshah (Johor) 1979-1990

Alyhm. Ibrahim bin Junus (Kdh/Pls/PP) 1990-2000

Hj. Taharin bin Yeop Mat Taha (Selangor/Wp) 2000- 2008

En. Aziz bin Muda (Terengganu) 2008-2009

En. Zailan bin Kassim (Johor) 2010

En. Ahmad Shuffir bin Hj. Zakaria 2010- kini

Kami di cawangan Perak amat berbangga dan berterimakasih di atas segala jasa dan pengorbanan semua. Ini adalah salah satu sumbangan kecil cawangan Perak bagi memastikan sejarah kesatuan dipelihara disamping sebagai pegangan kesinambungan perjuangan.
-bayu rimba-












4 comments:

azamunekurone said...

hohoho...mat supir jd pengerusi baru...best2!

NURIMAH ASYIKIN ABD.GHANI said...

yang gambar duduk tu...bawah cikgu jamaluddin isa tuh...Allahyarham Dato' Hj. Othman Nordin kan..ni zaman kat terengganu ke?

NURIMAH ASYIKIN ABD.GHANI said...

bangga sgt jadi anak 'forrest'...hehhee..dulu time kecik2 org panggil 'anak forrest' atau 'anak renjer'...

Unknown said...

Alhamdulillah...Terima kasih kerana mengabadikan jasa dan sumbangan Allahyarham Hj Ramli Mat Selan Datuk saya....semoga dgn jasa dan sumbangan arwah menjadi asbab mendapat tempat di syurga hendaknya...Aamiin...