KPHMSM PERAK
Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak
SUARA KPHMSM PERAK
Friday, January 3, 2014
MUHASABAH DIRI - KITA ANTARA 10 NEGARA PALING MALAS
CAHAYA WAJAH MANUSIA
YANG RUGI DAN YANG UNTUNG
MEMPERBAIKI IMEJ DAN PENAMPILAN MEMURAHKAN REZEKI
AMALAN DISARANKAN PADA HARI JUMAAT
Wednesday, July 25, 2012
Dendro - Mempening
Dendro- Balau Membatu
Spesies Balau juga merupakan antara spesies yang sering ditemui dan amat bernilai. Taburan spesies ini boleh dikatakan menyeluruh di setiap negeri di Semenanjung Malaysia.
Tahniah Lantikan Renjer Hutan Baru
Thursday, July 19, 2012
Meranti Tembaga (shorea leprosula)
DENDROLOGI- Dari Kphmsm Perak
Monday, July 9, 2012
PERWAKILAN CAWANGAN PERAK DI MAJLIS MAKAN MALAM OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEMPENA PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KPHMSM.
Sunday, June 24, 2012
DERMASISWA DAN SUMBANGAN KPHMSM KEPADA AHLI
1. DERMASISWA KEPADA AHLI ATAU ANAK AHLI YANG MENGAMBIL KURSUS PENGAWAS HUTAN ATAU RENJER HUTAN DI FORTRAIN.
1.1 Sijil Renjer Hutan - 1 semester RM200. Jumlah RM800
1.2 Sijil Pengawas Hutan - 1 semester RM200. Jumlah RM400
2. DERMA BERSARA
2.1 Keahlian 3 tahun dan lebih hingga 10 tahun - RM100
2.2 Keahlian 10 tahun dan lebih hingga20 tahun - RM200
2.3 Keahlian lebih 20 tahun - RM300
3. DERMA KEMATIAN
Kadar maksima mengikut perlembagaan RM500
4. DERMA SAKIT
Dirawat di dalam wad Hospital tidak kurang 4 malam 5 hari – RM300
5. DERMA BERSALIN
Khas kepada ahli wanita sahaja RM100 setiap kali bersalin hingga maksima 5 kali.
6. DERMASISWA KEPADA ANAK-ANAK AHLI
UPSR 5A RM150
PMR 5A keatas RM200
SPM 5A keatas RM250
STPM 3P keatas RM300
Tuesday, June 19, 2012
SLIP GAJI ONLINE JAB. PERHUTANAN NG PERAK
Mulai Bulan April 2012 slip gaji akan dikeluarkan dengan menggunakan sistem e-speks secara online.
Pastikan perkara ini dahulu sebelum mendaftar :-
1. Anda mempunyai e-mail yang sah dan masih boleh digunakan.
2. Selepas mendaftar pastikan selepas 24 jam , anda semak e-mail anda untuk mendapatkan pengesahan dari e-speks dan anda klik link tersebut.
Disini saya ada sediakan link tersebut:-
link shortcut : https://espeks.perak.gov.my/espeks2/logmasuk.php
Friday, May 18, 2012
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KPHMSM PERAK KE 31
N/Pengerusi - Ahmad Nizam bin Ngah (Baru)
Sunday, February 5, 2012
Seminar Pelaksanaan SBPA dan Makan Malam Bersama Dato' Dr KP
Monday, December 12, 2011
KPHMSM - terima kasih SBPA
Saturday, November 26, 2011
KENAIKAN GRED KAKITANGAN PAKAIAN SERAGAM PERHUTANAN
Alhamdulillah… sujud syukur adalah langkah sebaiknya dalam menerima khabar gembira bahawa Parliment telah meluluskan permohonan kita yang merupakan perjuangan paling besar dan getir sekaligus menjadi kejayaan paling manis dan berharga bagi KPHMSM.
Saya telah mendapat khabar gembira bahawa pada 5 Disember 2011 nanti surat pekeliling mengenai kenaikan gred bagi jawatan Renjer hutan, Pengawas Hutan dan PAK serta PIS akan dikeluarkan oleh pihak JPA. Kenaikan gred ini diberitakan akan mula berkuatkuasa mulai awal 2012.
Formula kenaikan gred yang telah diluluskan adalah sepertimana yang telah kita bangkitkan di dalam memorandum kita yang lalu. Renjer Hutan G17 kini semua telah dinaikkan ke G27. Pengawas Hutan G11 kini dinaikkan ke gred G17 manakala PAK dan PIS R3 kini R11 (masih belum dapat disahkan mengenai permohonan menyerap jawatan ini ke G11)
Dengan perubahan besar ini maka saya amat mengharapkan agar semua warga perhutanan berpakaian seragam dapat meningkatkan ilmu perhutanan serta memantapkan lagi integrity dan imej diri. Ianya belum terlambat untuk membuat perubahan dan kita anggaplah kenaikan gred ini sebagai langkah pertama kita untuk berhijrah menjadi seorang penjawat awam yang lebih baik dari sebelumnya.
Kenaikan gred kita ini juga pasti menjadi pemangkin dan batu loncatan bagi semua kakitangan warga perhutanan lainnya untuk turutsama diiktiraf dan dihargai. Saya amat mengharapkan agar laluan yang telah dirintis ini menjadi teras kepada pihak jabatan untuk menaikkan taraf pegawai atasan lainnya.
(Bagi yang belum menjadi ahli kesatuan- marilah bersama-sama kita menjadikan kesatuan kita ini satu platform bagi menyatupadukan seluruh kakitangan berpakaian seragam. Seandainya hati masih belum terbuka adalah lebih baik diam dari mengeluarkan kata-kata yang mempertikaikan kewujudan kami kerana kami telah membuktikan sumbangan kami. Apa sumbangan anda?)
Thursday, April 7, 2011
MAJLIS MOTIVASI DI EXCELCIOR IPOH


2-3 April 2011. Bertempat di Hotel Excelsior, Ipoh, pihak KPHMSM pusat telah menganjurkan satu seminar motivasi kearah memantapkan lagi perpaduan dan pengukuhan ahli di dalam kesatuan.
Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Omar bin Osman President CUEPACS. Di dalam ucapan perasmian Y.BHG.Dato’ telah menekankan dengan penuh bersemangat mengenai kepentingan berpersatuan dan kekuatan yang perlu dibina dengan perpaduan setiap ahli. Beliau mahu pihak KPHMSM menyahut cabaran untuk mendapatkan keahlian baru agar dapat mencerminkan suara kesatuan sebagai lambang suara seluruh akar umbi.
Y.Bhg.Dato’ juga memuji pihak KPHMSM kerana begitu aktif dalam menjaga kebajikan ahli dan sentiasa memainkan peranan yang baik dalam CUEPACS sehinggakan beliau sendiri sukar untuk menolak pelawaan KPHMSM bagi apa juga majlis yang dianjurkan. Y.Bhg.Dato’ juga berpuashati dengan langkah-langkah yang telah diambil bagi menaikkan gred kakitangan malah menekankan keyakinan beliau bahawa seluruh pegawai pelaksana di Jabatan Perhutanan selayaknya diiktiraf dengan menaikkan gred perkhidmatan.
Walaupun seminar ini berjalan dengan jayanya namun pihak urusetia agak terkilan kerana masih terdapat beberapa ahli yang gagal hadir. Ianya menyebabkan kerugian dari segi kos kerana bilik yang telah disewa dan kekosongan tersebut tidak dapat ditampung oleh ahli lain disaat akhir.
Seminar motivasi kali ini telah disampaikan oleh Y.Bhg.Datok Jamaluddin Mat Isa pada hari pertama yang menekankan mengenai perpaduan dan sejarah KPHMSM. Diikuti oleh sang ‘Bayu Rimba’ pada keesokan harinya yang menekankan dari segi peningkatan Imej yang begitu ketara telah tertinggal jauh dari pasukan beruniform lain. Beliau menyarankan agar seluruh ahli bersedia untuk berHIJRAH minda kearah peningkatan imej yang lebih baik dari sudut fizikal dan mental. Beliau juga menyeru agar seluruh ahli menguasai ILMU teras perhutanan terutamanya DENDROLOGI kerana imej bukan semata-mata pada luaran tetapi sikap dalaman dan pengetahuan serta kemahiran yang kita kuasai. Slot motivasi semakin menyerlah dengan kehadiran Renjer Mazlan atau dikenali dengan panggilan ‘Bro Lan’ yang tampil dengan nada bersemangat dan telus sehingga membuka mata beberapa pihak betapa KPHMSM cawangan Perak mempunyai barisan kepimpinan yang berkaliber.
Saya harap agar pihak KPHMSM pusat dapat menjemput sang ‘Bayu Rimba’ dan ‘Bro Lan’ dalam slot motivasi lainnya yang telah disusun oleh jawatankuasa agong supaya mesej dan ilmu tersebut dapat dikongsi bersama-sama ahli lain. Kita perlu memberi ruang dan peluang kepada ahli kita untuk membuktikan bahawa kita tidak pernah ketandusan tenaga dan kebolehan dalam bidang motivasi ini. Ruang dan peluang yang diberikan pasti akan dapat menggilapkan lagi bakat dan kebolehan mereka.
Monday, February 28, 2011
KURSUS ORIENTASI – JIHAD ILMU DARI KPHMSM CAW. PERAK
Kesatuan beranggapan penyampaian ilmu kepada Pengawas Hutan dan Renjer Hutan akan lebih berkesan jika disampaikan sendiri oleh Renjer Hutan berpengalaman kerana mereka lebih hampir dan lebih memahami selok belok tugasan serta lebih dekat dari segi hubungan yang akan mewujudkan suasana kursus yang lebih mesra seterusnya akan menjadikan ilmu tersebut semakin cepat diterima.
Saya amat berbangga dan kagum dengan kemampuan barisan tenaga pengajar yang telah disenaraikan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan mereka menyampaikan ilmu secara yang amat berkesan. 








.jpg)


.jpg)

