SUARA KPHMSM PERAK

SUARA KPHMSM PERAK

Saturday, May 15, 2010

Kerjasama KPHMSM dalam Sukan Antara Daerah

15 Mei 2010 pihak KPHMSM cawangan Perak bekerjasama dengan pihak PPN, Ipoh menjayakan sukan Badminton antara daerah. Oleh kerana rata-rata pemain adalah terdiri kakitangan pakaian seragam maka pihak KPHMSM mengambil peluang ini untuk turut serta menjayakannya bagi menyampaikan mesej dan mengeratkan hubungan sesama ahli disamping untuk mengurangkan stress para ahli melalui sukan menjelang audit MC&I.


Sebanyak 24 pasukan mendaftarkan diri dari semua daerah yang akhirnya dimenangi oleh bergu dari PPN yang menewaskan bergu Larut Matang, Taiping di final. Tempat ke3 dan ke 4 juga dimonopoli oleh pasukan dari Larut Matang. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) En. Mohd Zain Bin Yusuff.
KPHMSM cawangan Perak menyumbangkan cenderahati berupa hamper dan diberikan secara cabutan nombor bertuah. Hamper-hamper tersebut disampaikan oleh Bendahari KPHMSM iaitu saudara Mohd Merzuki Mat Salleh dan pengerusi sendiri. Timbalan Pengarah sendiri turut mendapat hamper dari cabutan pengerusi.


Berikut adalah aksi-aksi panas dan hebat para peserta.

Barisan kepimpinan KPHMSM cawangan Perak yang turut serta dalam pertandingan ini ialah pengerusi, bendahari dan penolong setiausaha.

Monday, May 10, 2010

KPHMSM menyampaikan cenderahati sempena anugerah Dato'

Pada 10 Mei 2010 semasa Majlis Perhimpunan Pagi, pihak KPHMSM cawangan Perak telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan cenderahati berupa replika al-Quran kepada dato Pengarah perhutanan Negeri Perak sebagai tanda penghormatan. penyampaian cenderahati tersebut disampaikan oleh pengerusi kphmsm sendiri.



Friday, May 7, 2010

MESY AJK DI SG SIPUT

Mesy kali ini diadakan bagi membentangkan agenda-agenda berikut:
Agenda 1:
Memilih para pemerhati untuk dibawa ke Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Di Seremban nanti. Mesyuarat telah memilih nama-nama berikut:
1. RH Hairuddin (Pengkalan Hulu)
2. PHTK Zamri (Lumut)
3. PHTB Zuraini (PPN Ipoh)
4. Puan Suhaila (Sg. Siput)
5. En. Zulkifli (Kuala Sepetang)
6. RH Nazeri (PPN Ipoh)
Agenda 2:
Pencalonan Ahli Dari Perak Iaitu Saudara Khairul Rizal Untuk Jawatan Penolong S.U di Peringkat Kebangsaan (KPHMSM)
Agenda 3:
Cadangan Penyampaian Cenderahati Kepada Dato' PPN Sempena Anugerah Kebesaran Yang Dikurniakan Oleh DYMM Sultan Perak Yang Membawa Gelaran Dato'
Agenda 4:
Persiapan Menghadapi Audit Dari Kesatuan Sekerja
Agenda 5:
Cadangan Usul-Usul Yang Akan Dibawa Ke Mesy Agong Kebangsaan.
Agenda 6:
Meningkatkan Penggunaan I.T Di Kalangan Ahli Seterusnya Mengikuti Blog KPHMSM Perak supaya segala perkembangan dapat sampai kepada semua ahli akar umbi, dapat berinteraksi secara langsung, mendapatkan maklumbalas dan membuka ruang untuk ahli mengemukakan usul secara telus.


Thursday, May 6, 2010

PERJUANGAN BAGI SESSI 2010-2012

Ini pula ialah senarai awal apa yang akan diperjuangkan bagi sessi 2010-2012

1. Memohon diberi perhatian serius soal Gred kakitangan
2. Memohon Elaun Risiko - Memohon agar pihak jabatan turut serta menyediakan kertaskerja bagi mendapat kelulusan dari JPA
3. Memohon Bekalan Kamera Di Setiap renj - Setiap laporan perlukan laporan bergambar jadi sepatutnya pihak jabatan membekalkan kamera untuk setiap pejabat Renj.
4. Mohon dinilai semula tahap PTK bagi kakitangan uniform - Didapati terlalu kompleks berbanding dengan jabatan lain. Soalan sebegitu sesuai untuk Peperiksaan Jabatan bagi kenaikan Gred.
5. Mempermudahkan kemasukan calon jabatan ke ULP, Kepong. – kemahiran dan pengalaman dalam jabatan hutan patut diambilkira dan mengurangkan syarat layak ke ULP.
6. Mengisi segera kekosongan jawatan kakitangan uniform - Terdapat lebih 60 kekosongan jawatan PH, 5 kekosongan jawatan RH, 2 kekosongan jawatan RHTK. Tugas semakin banyak dan bebanan ini ditanggung oleh kakitangan uniform samada siang atau malam dan terpaksa bertugas di hari cuti termasuk cuti Hari Raya.
7. Mengujudkan Unit Khas Rondaan Jalanraya - Bagi mengawal dan mengekang kegiatan pembalakan haram yang semakin berleluasa dan mencemarkan imej jabatan.

KEJAYAAN BAGI SESSI 2008-2010

Bagi penggal 2008-2010 barisan kepimpinan telah berjaya mengemukakan berbagai-bagai usul disepanjang 8 kali mesyuarat MBJ dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Hasilnya 11 dari usul-usul tersebut telah dapat dikecapi bersama.
Antara Usul Yang Telah Berjaya Dicapai
1. Elaun Berkhemah - Usul ini diperjuangkan sepanjang 2008 dan telah dipersetujui dan dilaksanakan di negeri Perak mulai 2009.
2. Pembekalan Kasut Hutan - memohon agar kualiti kasut hutan yang dibekalkan dipertingkatkan - Telah dipersetujui dan dilaksanakan di Perak mulai 2008.
3. Menyegerakan kursus induksi bagi kakitangan pakaian seragam - Usul ini mendedahkan terdapat beberapa kakitangan beruniform yang terpaksa diberi lanjutan tempoh percubaan kerana gagal menghadiri kursus induksi sedangkan bukan salah kakitangan itu sendiri tetapi kelewatan pihak jabatan dan SUK menyusun jadual kursus. – Telah Berjaya diatasi dengan jabatan mengelola sendiri kursus induksi dan semua kakitangan telah disahkan jawatan.
4. Mohon penandaan sempadan luar Hutan Simpan menggunakan Jurukur Berlesen - Pihak jabatan telah menerima usul ini dan telah mula menawarkan tender kepada Jurukur berlesen secara berperingkat-peringkat mulai 2008.
5. Menambahkan bilangan kursus bagi kakitangan uniform dengan mengutamakan kursus teras seperti Dendrologi, mensurasi Hutan, Ukuran Tanah dan Jalan Hutan. - telah mula dipergiatkan oleh pihak jabatan.
6. Memohon pembekalan aksesori pakaian seragam mengikut Pekeliling Ketua Pengarah - Telah terlalu lama pihak jabatan tidak membekalkan aksesori kepada kakitangan dan pada tahun 2010 ianya telah mula diedarkan.
7. Memohon Dibekalkan Kad Kuasa kepada semua Pengawas Hutan - Telah diterima dan dilaksanakan secara berperingkat dengan alas an pihak jabatan bimbang penyalahgunaan kuasa.
8. Memohon penambahan Unit GPS - Telah diterima dan dibekalkan kepada setiap Renj mulai 2009.
9. Memohon jawatan PH dan RH dibuka semula - Telah dihentikan pengambilan baru sejak 2008 akibat kemelesetan ekonomi dan perubahan tempoh pencen. Pihak jabatan telah berjanji untuk membuka tawaran baru jawatan PH pada tahun 2010.
10. Memohon diswastakan kerja landskap dan kebersihan Kuala Sepetang - Bagi mengurangkan beban kakitangan uniform di K.Sepetang yang padat dengan acara rasmi dan pelancong seluruh dunia. – Pihak jabatan telah setuju dan melaksanakannya mulai 2009.
11. Bekalan Kasut Hitam kepada PAK - Mohon PAK juga dibekalkan kasut hitam walaupun tiada dalam Pekeliling bagi meningkatkan imej jabatan kerana banyak majlis rasmi yang turut sidertai oleh PAK. - Telah diterima dan dilaksanakan mulai 2009.

Monday, May 3, 2010

SEJARAH Kesatuan Pegawai Hutan

Sekadar gambar hiasan: Renjer Renjer Hutan Ng Perak bersama DYMM Tuanku Sultan Perak

Bermula dari tahun 1940 dan dinamakan Persatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Jawatan Rendah Semenanjung Tanah Melayu dan didaftarkan dibawah Ordinan Persatuan dangan pendaftaran no. 388 di bawah naungan Director of Forestry sebagai satu pertubuhan untuk pegawai-pegawai hutan berpakaian seragam dan Anak Perahu. Cogan kata persatuan yang pertama alah "Bersatu KitaTegap, Berpecah Kita Ranap" dan kadar yuran pada masa itu ialah RM1.00 setahun. Undang-undang persatuan pada masa itu dicetak dalam tulisan jawi.


Pengasas Persatuan pada masa itu termasuklah Allahyarham Hj. Mahmud bin Ali (Ayah Mud atau cikgu Mahud), Allahyarham Hamzah bin Dahaman, Allahyarham Hamid bin Rantau, Allahyarham Mohamad bin Abdullah, Allahyarham Arop bin Achik, Allahyarham Hj. Mohamad bin Seh Ali, Allahyarham Kantan bin Bachik.